Monday, September 29, 2014

SALAM DARI JAUH

SALAM DARI JAUH


Salam rindu aku hulurkan
Pada insan yang menjauh
Pada kasih yang kian rapuh
tapi kau jua yang utuh

Salam rindu aku hulurkan
Walau hati masih kecewa
Walau jiwa masih merana
Namun engkau tetap ku damba

Salam rindu aku hulurkan
Agar dikau turut merasakan
Ada kasih dalam genggaman
Ada sayang yang berpanjangan

Salam rindu dari jauh
Hanya itu yang aku mampu
Hanya doa yang tidak putus
Hanya Tuhan yang tahu







Monday, September 22, 2014

LA TAHZAN



"Jangan bersedih, Sesungguhnya ALLAH bersama kita"



Rasa sakitkan? Pedihkan? Terlukakan? Sebabnya....?

Ya. Semua orang pernah alami perasaan sedih ini. Termasuk jugak kakak. Menangis, meraung, termenung, merintih, terluka, semua ada..kira complete lah..yang nk menunjukkan kakak sedih. I always ask to my close friend, why me?? Glupp. She cant aswer my question. But, i put trust in Allah coz He knows everything . 


La Tahzan InnAllah Ma'ana. Dalam erti kata lain, "Jangan bersedih. sesungguhnya Allah bersama kita."


Percaya dan yakinlah, Allah bersama kita. Berdoalah dengan setulus hati kerana Allah Maha Mendengar segala rintihan hati. Jangan gundah bila diuji dan yakin ada rahmat Allah yang menanti..
...dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui. (Baqarah; 244)

Sunday, September 21, 2014

TWENTY FIVE YEARS OLD

yeah..kakak berumur 25 tahun.
Time2 ni, org dah agih kad jemputan dah kn.. tapi kakak? umur 25 tahun kakak kecundang dan kecundang. Sedangkan orang lain sibuk dengan persiapan bertunang, ada yg dah bertunang, persiapan kahwin, ada yg dah kahwin, persiapan nak timang cahaya mata dan byk lg. Tapi diumur 25 tahun ini, kakak kecewa. Guling2 badak gitu.ewww. Sebenarnya, kakak pon xtahu badak berguling macam mana.hehehe

Dik, kakak ni xpandai nk ngorat org.memang sedikit kuno la bab cinta2 ni..dgn org 'istimewa' pon kakak layan mcm member2..gelak2, cakap2 mcm biasa je.. xde beza pon..that's why la kott.. :D 

Umur 25 tahun ni, bagi kakak umur dan tahun yang paling mencabar minda dan emosi kakak. Mana tak nyee.. Orang tua2 ckp, carilah pasangan semasa menuntut di universiti. Ok. kakak dpt. Ada kekasih hati yg lebih kurang 4 tahun menyulam cinta 'konon', terpaksa dilepaskan dgn hati yg terbuka. Yelah dik, xkan nk teruskan jgk kalau tiada restu keluarga. kahwin pn xde guna kalau xde berkat daripada org tua kn. xpasal2 hidup dan jiwa merana..Walaupun kakak tahu, susah untuk dia terima semua ni.bukan dia je, kakak pon sama dik...Kami tetap berkawan baik. xde masam2 muka..4 tahun dik....lama tu.nak pulih 100% memang makan masa..anggaplah tiada jodoh. 
To Mr. Land Surveyor, u deserve better. you do coz i know u..

Balik kampong, makcik duk bertanya kakak dah ada calon ke? hahaha merah padam muka kakak tau..malu siott..mama kakak lagi laa cepat2 ckp, belom lagi. xjumpa lg (hamboi mama, xsabar nk dapat menantu la tu..heheh). Mr. Engineer oil and gas. Macam menarik je kan.. Nama pon lebih kurang dgn Mr. Land Surveyor tu. Kenapa nama hampir sama?? huhuhu tunggu punya tunggu, ada jawapan. Maaf lah Nor (nama mama kakak), aritu mak ayah budak tu dah jadi nk dtg merisik..tiba2 datang balik hantar gambar.. xpela, bukan jodoh kakak dik..Kakak pon xberharap sgt..

Alhamdulillah.. atas pertolongan member. 
Memang xkenal hujung pangkal tp cuba untuk mengenali..siapa dia, mana asal dia, apa karakter dia, apa dia suka, apa dia tak suka memang kakak xtahu.sebab memang kakak xkenal dia..Ya, dengan izin Allah sedikit2 cuba kenal. Cuba paham walaupun mula2 memang xpaham.haha Kenal some1 from zero sgt uji minda okeh. Mungkin sebab mind set kakak dah set, 'aku nak cari calon suami'. apa taknye..25 tahun tu memang dah tahap wajib cari calon suami dah pon (bagi kakak laa hehe)..xkan nk cari boipren lg kot..umur kita makin meningkat.. 

Dalam sesi perkenalan itu, tipu la kalau kakak suka semua pasal dia, ada yang tidak suka.. Tapi, mungkin yg tidak suka atau kekurangan itu kakak cuba untuk lengkapkan apa yg patot. Yela, hidup kita ni mesti laa kena saling lengkap-melengkapi.. Jangan anggap semua orang ni perfect dan jangan sesekali demand nak seseorang tu 100% perfect. because, u already know, nobody is perfect right?? kadang2 hati kakak pon berbolak balik..kadang2 ada ragu2..kadang2 rasa kosong..kadang2 tertanya2 adakah mungkin dia? tapi, hubungan itu xlama..Kakak tahu dia sgt baik.apa yg kakak boleh terpikat pada dia, agama dia. Jujur, kakak memang langsung xpandang rupa, harta dan pangkat..mungkin kakak hayut dibuai mimpi.. Kakak 'ter'serahkan hati kakak pada yg belum tentu jadi milik kakak.. Di situ silap kakak..terduduk di tepi dinding menangis teresak2. Konon2 meratapi kesedihan gitu..uuuuuu.. To Sir dot dot dot, i can't explain why you still mean so much to me??

Percayalah. Allah SWT  sentiasa bersama kita. Memang pada mulanya sangat sakit. Tengok makanan pn xde selera kn? Nangis dan terkenang bagai. Sampai berat badan kakak turun almost 5kg dik..haha kehilangan berat badan kakak sgt happy tp kehilangan org yg kakak pernah syg memang xhappy. Langsung xhappy..Apa yg penting, jangan ikut perasaan.. 



Dah laa..sampai sini jela kakak mengarut..nanti kakak mengarut lagi di hari kemudian.

SEKIAN..